| kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
| sistem pencernaan | digestive system | Sistem organ yang berkaitan dengan pengingesan makanan, pemecahan bahan makanan kompleks ke bentuk yang lebih ringkas dan penyerapan zat makanan. | Menengah Atas |
| pengetinan | canning | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara. | Sekolah Rendah |
| pembotolan | bottling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara. | Sekolah Rendah |
| penyejukbekuan | freezing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk sehingga beku. | Sekolah Rendah |
| penjerukan | pickling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara merendamkan makanan di dalam larutan gula, garam dan cuka. | Sekolah Rendah |
| pendinginan | cooling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan tersebut di dalam tempat sejuk. | Sekolah Rendah |
| piramid makanan | food pyramid | Panduan pengambilan makanan sihat, berbentuk piramid yang dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menunjukkan pengambilan kelas-kelas makanan yang disarankan. | Menengah Rendah |
| pembungkusan vakum | vacuum packing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| perut | stomach | Organ pencernaan yang terletak di antara esofagus dengan usus. Perut berfungsi mencerna makanan dan menyimpan makanan buat sementara waktu sebelum dihantar ke usus kecil. | Menengah Rendah |