| testis | testis | Organ pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks. | Menengah Atas |
| kitaran haid | menstrual cycle | Kitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari. | Menengah Rendah |
| peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |
| resapan ringkas | simple diffusion | Pergerakan molekul atau ion dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, sehingga mencapai tahap keseimbangan. | Menengah Atas |