| vakuol mengecut | contractile vacuole | Organel yang terdapat pada semua protozoa dan span air tawar, yang terlibat dalam proses pengosmokawalaturan. | Menengah Atas |
| aktin | actin | Protein mengecut yang berbentuk filamen, yang terdapat di dalam otot. | Menengah Atas |
| otot | muscle | Organ atau tisu berserabut yang selnya dapat mengecut, dan mempunyai fungsi pergerakan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| otot antagonistik | antagonistic muscle | Pasangan otot yang bertindak berlawanan, iaitu satu otot mengecut dan satu lagi otot mengendur. Contohnya, biseps dan triseps di lengan. | Menengah Atas |
| euglena | euglena | Kumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |