| putaran per minit | rotation per minute | Ukuran frekuensi putaran yang menunjukkan jumlah putaran lengkap dalam tempoh satu minit pada paksi yang tetap. Ia digunakan untuk mengukur kelajuan putaran sesuatu komponen mekanikal. | Menengah Atas |
| kadar denyutan nadi | pulse rate | Kadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit. | Sekolah Rendah |
| kadar denyutan jantung | rate of heartbeat | Kadar degupan jantung bagi setiap unit masa, biasanya dalam minit. Kadar ini berasaskan jumlah pengecutan ventrikel. | Menengah Atas |
| pempasteuran | pasteurization | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskan bahan pada suhu 65°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan segera pada 10°C atau kurang. | Menengah Atas |
| nyalaan suria | solar flare | Ledakan cahaya yang sangat cerah pada permukaan matahari dan biasanya kelihatan berhampiran dengan tompok matahari yang besar dan tidak sekata yang disebabkan oleh ledakan gas hidrogen yang berlaku beberapa minit hingga sejam atau lebih sedikit. | Menengah Rendah |