| natrium | sodium | Unsur logam alkali yang mempunyai nombor proton 11, jisim atom relatif 23, takat lebur 97.6°C, takat didih 892°C, bertindak balas dalam air untuk membentuk larutan natrium hidroksida dan membebaskan gas hidrogen. Natrium biasanya digunakan sebagai bahan uji dan bahan penyejuk dalam reaktor nuklear. Formula Na. | Menengah Rendah |
| nombor proton | proton number | Bilangan proton dalam nukleus satu atom. | Menengah Atas |
| nombor nukleon | nucleon number | Jumlah bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus atom. | Menengah Atas |
| penurunan | reduction | Tindak balas kimia yang melibatkan pertambahan elektron pada atom atau ion dengan demikian menurunkan nombor pengoksidaannya. | Menengah Atas |