| siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| rantai makanan | food chain | Hubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tenaga biojisim | biomass energy | Tenaga yang dihasilkan daripada sumber organik seperti kayu api, sekam padi dan bahan buangan haiwan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tanaman | crop | Tumbuhan yang ditanam dalam jumlah yang banyak di ladang, dusun atau sawah. Contohnya, tanaman padi. | Sekolah Rendah |