| paku pakis | fern | Sejenis tumbuhan berdaun, berbentuk seperti bulu pelepah dan membiak melalui spora yang terdapat di bahagian bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| skru | screw | Paku yang beralur batangnya, yang dimasukkan ke dalam sesuatu dengan memutarkannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| mikrosporangium | microsporangia | Sporangium yang menghasilkan mikrospora pada tumbuhan heterospora, contohnya mikrosporangium pada paku pakis. | Menengah Atas |
| spora | spore | Sel pembiakan bagi cendawan, lumut dan tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku pakis. | Menengah Rendah |
| spora | spore | Biji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| spora | spore | Sel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| tumbuhan tak berbunga | non-flowering plant | Tumbuhan yang tidak menghasilkan bunga atau biji. Tumbuhan ini biasanya mengeluarkan spora. Contohnya, pokok paku pakis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |