| udara | air | Campuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera. | Sekolah Rendah |
| tisu penghubung | connective tissue | Tisu yang terdiri daripada pelbagai jenis sel dan gentian yang terasing oleh matriks ‘luar sel’. Contohnya, tendon, ligamen dan tisu darah. | Menengah Atas |
| organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu organisma yang terdiri daripada pelbagai jenis tisu untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, hati, jantung dan mata pada haiwan, manakala daun, bunga serta buah pada tumbuhan. | Menengah Rendah |
| gizi | diet | Jenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia. | Sekolah Rendah |
| kekerasan | hardness | Sifat jirim dalam fasa pepejal yang memberikan rintangan yang tinggi kepada pelbagai jenis perubahan bentuk apabila daya dikenakan. | Menengah Atas |