| pemakanan | nutrition | Proses organisma memperoleh tenaga untuk kesihatan dan pertumbuhan badan. | Menengah Rendah |
| pemakanan autotrof | autotrophic nutrition | Cara pemakanan organisma autotrof. | Menengah Atas |
| heterotrof | heterotroph | Cara pemakanan, iaitu apabila organisma memperoleh tenaga daripada pengambilan dan pencernaan sebatian organik tumbuhan dan haiwan yang dimakan. Semua haiwan memperoleh makanan melalui cara ini. | Menengah Rendah |
| tabiat makan | eating habits | Pola pemakanan dan jenis makanan yang cenderung dimakan oleh organisma. | Menengah Rendah |
| tabiat makan | eating habit | Pola pemakanan dan jenis makanan yang biasanya dimakan oleh seseorang. | Menengah Atas |
| heterotrof | heterotroph | Organisma yang tidak dapat mensintesis makanan sendiri dan bergantung kepada bahan-bahan organik untuk pemakanan yang kompleks. | Menengah Atas |
| biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |