| homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
| arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| arang batu | coal | Bahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama. | Menengah Rendah |
| orbit | orbit | Laluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi. | Menengah Rendah |
| jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |