| vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
| nutrien | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna. | Menengah Rendah |
| fitoplankton | phytoplankton | Alga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik. | Menengah Atas |
| asid deoksiribonukleik | deoxyribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan penting dalam juzuk utama kromosom yang membentuk bahan genetik kebanyakan organisma hidup. | Menengah Atas |
| vitamin | vitamin | Zat yang terdapat dalam bahan makanan dan sangat penting untuk tubuh. Contohnya, vitamin A, B dan E. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| asid ribonukleik | ribonucleic acid | Asid nukleik yang memainkan peranan yang penting dalam sintesis protein semua organisma hidup. Ia adalah bahan genetik bagi kebanyakan virus. | Menengah Atas |
| komponen | component | Bahagian yang membentuk sesuatu bahan atau sistem. Contohnya, nitrogen merupakan komponen penting bagi protein. | Menengah Rendah |
| adenosina trifosfat | adenosine triphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme. | Menengah Atas |
| plankton | plankton | Organisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus. | Menengah Rendah |
| kelompok sel Langerhans | islets of Langerhans | Sel-sel pankreas yang mengeluarkan insulin dan glukagon, dua regulator penting dalam metabolisme gula. | Menengah Atas |