| melanin | melanin | Pigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino. | Menengah Atas |
| kuprum | copper | Logam yang berwarna perang, merupakan pengalir elektrik yang baik. Simbolnya, Cu. | Menengah Atas |
| karat | rust | Pepejal yang berwarna perang kemerah-merahan yang terbentuk pada permukaan besi apabila terdedah kepada udara dan air. | Menengah Atas |
| kuprum | copper | Sejenis unsur logam yang berwarna perang, boleh ditempa atau dilentur dan dapat digunakan sebagai pengalir elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
| platipus | platypus | Haiwan mamalia yang berbulu tebal dan berwarna perang, mempunyai paruh seperti itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| nikotina | nicotine | Sebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan. | Menengah Rendah |
| kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |