| proses hidup | life process | Proses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan. | Sekolah Rendah |
| proses Sentuh | contact process | Proses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran. | Menengah Atas |
| proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
| proses metabolisme | metabolic process | Perubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan. | Menengah Atas |
| proses kehidupan | living process | Proses yang berlaku dalam organisma hidup. Contohnya, proses pernafasan, pencernaan dan perkumuhan. | Menengah Atas |