Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bioteknologibiotechnologyPembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian.Menengah Rendah
proses kehidupanliving processProses yang berlaku dalam organisma hidup. Contohnya, proses pernafasan, pencernaan dan perkumuhan.Menengah Atas
proses pereputandecaying processPenguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia.Menengah Atas
proses metabolismemetabolic processPerubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan.Menengah Atas
proses hiduplife processProses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan.Sekolah Rendah
proses Sentuhcontact processProses industri untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 secara besar-besaran.Menengah Atas
pertanianagricultureProses menghasilkan tumbuhan dan haiwan yang berguna kepada manusia. Proses ini melibatkan penanaman, pembiakbakaan serta pengurusan tanaman dan ternakan.Menengah Rendah
pembiasanrefractionProses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya.Menengah Rendah
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
gutasiguttationProses kehilangan air yang berlebihan melalui liang hidatod dalam betuk titisan air. Proses ini biasanya berlaku dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi pada waktu malam.Menengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas