| jerebu | haze | Fenomena alam sekeliling yang berlaku apabila udara mengandungi bahan pencemar seperti asap dan habuk halus pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan jarak penglihatan. | Menengah Rendah |
| iris | iris | Bahagian berwarna yang terdapat di sekeliling anak mata. Iris berfungsi untuk mengawal saiz anak mata dan jumlah cahaya yang memasuki mata. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| korona | corona | Lapisan paling luar yang kelihatan di sekeliling matahari dan hanya kelihatan apabila berlakunya gerhana penuh matahari. | Menengah Rendah |
| jerebu | haze | Kabut bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| garis daya | line of force | Garis yang menunjukkan corak medan elektrik atau magnet di sekeliling konduktor atau magnet tersebut. Anak panah biasanya digunakan untuk menunjukkan arah daya. | Menengah Atas |
| akar sisi | lateral root | Akar yang tumbuh dari akar lain, seperti akar yang tumbuh di sekeliling akar tunjang. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| kakisan | corrosion | Perihal kerosakan pada bahan atau tisu secara perlahan-lahan disebabkan oleh aktiviti tindakan kimia keadaan sekeliling. | Sekolah Rendah |
| gout | gout | Penyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi. | Menengah Atas |