| pengguna sekunder | secondary consumer | Organisma yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan karnivor yang memakan pengguna primer. Pengguna sekunder seperti tikus dan burung akan memakan pengguna primer seperti belalang yang mendapatkan makanan daripada pengeluar. | Menengah Rendah |
| warna sekunder | secondary colour | Warna yang diperoleh dengan mencampurkan dua atau lebih warna utama cahaya. | Menengah Atas |
| pertumbuhan sekunder | secondary growth | Pertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh. | Menengah Atas |
| pengguna tertier | tertiary consumer | Karnivor yang lebih besar atau omnivor yang memakan pengguna sekunder. | Menengah Rendah |
| transformer | transformer | Alat yang mengubah voltan arus ulang-alik naik atau turun. Transformer terdiri daripada teras besi yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. | Menengah Rendah |
| transformer | transformer | Peranti yang meningkat atau menurunkan voltan arus ulang-alik tanpa mengubahkan frekuensinya. Transformer terdiri daripada teras besi jati yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. Lihat Rajah | Menengah Atas |