| autosom | autosome | Semua kromosom yang terdapat di dalam nukleus sel kecuali kromosom yang menentukan jantina sesuatu organisma. | Menengah Atas |
| biojisim | biomass | Jumlah jisim semua hidupan atau organisma di sesuatu kawasan. Semakin besar sesuatu organisma itu, semakin tinggi pula nilai biojisimnya. Biojisim biasanya ditentukan oleh jisim kering organisma. | Menengah Rendah |
| sel | cell | Unit asas bagi semua organisma. | Menengah Rendah |
| biojisim | biomass | 1. Jumlah jisim semua organisma yang membentuk populasi atau aras trofik yang menduduki sesuatu kawasan. 2. Bahan biologi yang digunakan sebagai bahan api atau sumber tenaga. | Menengah Atas |
| alam haiwan | animal kingdom | Merangkumi semua kumpulan haiwan. | Menengah Atas |
| litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
| muka gelombang | wavefront | Garisan yang menyambungkan semua titik pada medium yang dilintasi oleh gelombang yang bergerak pada fasa yang sama. | Menengah Atas |
| gelombang satah | plane wave | Gelombang yang semua kedudukan perbatasan gelombangnya membentuk satah selari yang normal ke arah perambatan. | Menengah Atas |
| makanan seimbang | balanced diet | Makanan yang mempunyai semua zat seperti protein, karbohidrat, lemak, air dan vitamin yang cukup, yang diperlukan oleh badan. | Sekolah Rendah |
| lut sinar | transparent | Sifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |