Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mikroorganismamicroorganismOrganisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus.Menengah Rendah
mikroorganismamicroorganismHidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat RajahSekolah Rendah
bakteriabacteriaHidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia.Sekolah Rendah
hidatodhydathodeLiang seni pada pinggir atau hujung dalam epidermis daun tumbuh-tumbuhan yang menyingkirkan air berlebihan.Menengah Atas
fitoplanktonphytoplanktonAlga seni, sumber oksigen atmosfera yang penting dan sumber asas bahan makanan haiwan akuatik.Menengah Atas
virusvirusMikroorganisma parasit paling seni yang menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan.Menengah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit.Menengah Rendah
bakteriabacteriaMikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan.Menengah Atas
mikroskopmicroscopeAlat yang digunakan untuk melihat objek seni dengan menggunakan kanta atau sistem kanta. Contohnya, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. Lihat RajahMenengah Rendah
mikroskopmicroscopeAlat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas