| usus besar | large intestine | Usus yang berfungsi untuk menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan sebagai najis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| bahan api fosil | fossil fuel | Bahan api daripada fosil, iaitu sisa-sisa haiwan dan tumbuhan purba yang tertimbus beribu-ribu tahun yang lalu. Contoh bahan api fosil ialah petroleum, arang batu dan gas asli. | Menengah Rendah |
| sisa radioaktif | radioactive residue | Hasil yang tidak diingini daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif. | Menengah Rendah |
| sisa radioaktif | radioactive waste | Bahan radioaktif yang tidak diingini, yang terhasil daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif. | Menengah Atas |
| bioefluen | bioeffluent | Sisa buangan berbentuk cecair yang terhasil daripada sistem kumbahan atau proses industri, terutamanya sisa yang masuk ke sistem laluan air atau sungai. | Menengah Atas |
| pelupusan sisa | waste disposal | Proses menghapuskan bahan buangan atau lebihan yang tidak boleh digunakan. | Sekolah Rendah |
| tinja | faeces | Bahan sisa yang dikumuhkan melalui dubur. | Menengah Rendah |
| penyahtinjaan | defecation | Pembuangan sisa badan atau najis melalui dubur. | Menengah Atas |
| batu karang | kidney stone | Hablur sisa buangan berlebihan seperti asid urik, kalsium dan magnesium yang terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya berkembang menjadi batu dan menghalang aliran air kencing. | Menengah Atas |
| kompos | compost | Reputan tumbuh-tumbuhan dan sisa organik lain untuk membentuk baja. | Sekolah Rendah |