| struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
| struktur | structure | 1. Sesuatu yang dibina atau dibentuk. 2. Bahagian daripada sesuatu binaan dan lain-lain. | Sekolah Rendah |
| struktur Lewis | Lewis structure | Rajah yang menunjukkan ikatan antara molekul atau sebatian yang melibatkan perkongsian elektron di petala paling luar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
| struktur respirasi | respiratory structure | Struktur yang disesuaikan berdasarkan keperluan organisma terhadap oksigen. Hidupan seni seperti protozoa menukar oksigen dan karbon dioksida merentasi keseluruhan permukaan badan. | Menengah Atas |
| sulur paut | tendril | Struktur khusus pada tumbuhan untuk memanjat dan berpaut pada tumbuhan atau struktur lain bagi mendapatkan sokongan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |
| ventral | ventral | 1. Sesuatu struktur tubuh haiwan yang terletak pada permukaan bawah atau depan. Pada haiwan yang berkaki dua seperti manusia, bahagian ventral merujuk pada permukaan depan tubuh, manakala pada tetrapod, bahagian ventral merujuk pada bahagian bawah tubuhnya. 2. Permukaan atas sesuatu struktur tumbuhan yang merujuk pada sesuatu paksi. | Menengah Atas |
| formula struktur | structure formula | Formula yang menunjukkan cara atom-atom dalam satu molekul sebatian organik diikat antara satu dengan yang lain melalui ikatan kovalen. | Menengah Atas |
| vakuol | vacuole | Struktur dalam sel tumbuhan yang mengandungi sap sel. Sap sel mengandungi air, gula, oksigen dan bahan-bahan lain. | Menengah Rendah |
| tulang | bone | Struktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat. | Menengah Rendah |