| sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah |
| sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit. | Sekolah Rendah |
| Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Atas |
| meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| plumbum | lead | Unsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala. | Menengah Rendah |
| aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon. | Menengah Rendah |