| pengangkutan pasif | passive transport | Pengangkutan bahan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, yang tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
| bintang neutron | neutron star | Bintang yang mempunyai tarikan graviti yang kuat dan tenaga proton yang tinggi, menyebabkan bintang tersebut tidak kelihatan. | Menengah Rendah |
| resapan berbantu | facilitated diffusion | Pergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga. | Menengah Atas |
| air liat | hard water | Air yang mengandungi garam kalsium, magnesium atau ferum pada kepekatan yang tinggi. Air ini tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Contohnya, air sungai. | Menengah Rendah |