| trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk āCā. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |
| larinks | larynx | Kotak suara yang terletak di bahagian bukaan trakea pada kebanyakan vertebrata. | Menengah Atas |
| bronkus | bronchus | Salur udara yang besar, yang merupakan cabang dari trakea. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
| organ pernafasan | breathing organ | Organ yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan. | Sekolah Rendah |
| pernafasan | breathing | Proses pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida melalui organ tertentu. Contohnya, paru-paru, kulit, trakea atau insang. | Menengah Rendah |