| vakum | vacuum | Ruang yang tidak mengandungi jirim dan mempunyai tekanan yang rendah. | Menengah Rendah |
| vakum | vacuum | Ruang kosong yang tidak mempunyai udara. | Sekolah Rendah |
| pembungkusan vakum | vacuum packing | Proses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| indeks biasan | refractive index | Nisbah laju cahaya di dalam vakum terhadap laju fasa cahaya di dalam medium. | Menengah Atas |
| pengeringan sejuk beku | freeze-drying | Proses pengeringan yang membekukan sesuatu dengan cepat diikuti oleh kaedah vakum, yang menyingkirkan air dalam bahan makanan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
| tenaga bunyi | sound energy | Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar. Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti gas, cecair dan pepejal tetapi tidak boleh melalui vakum. | Menengah Rendah |