kaluk Ib | tempurung kelapa yang masih muda (boleh dimakan). | Oh kakak berjong kayu, adakah kakak bertemu kak Raja Rambang Ramunut, anakku mandi dengan air nyiur, anakku bertapal dengan daun nyiur, anakku bersembur dengan kaluk nyiur. Suatu hari melintaslah orang sedang berjong kayu. Puteri bongsu pun bernyanyi dari atas pokok nyiur gading. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bahar Kd, Tb | tuak. | “Siapa lagi kalau bukan angkara Si Solisir itu!” bentak Yambut, keberangan. “Adakah patut, Si Baljit yang kaki judi, kaki perempuan dan kaki bahar itu, dianggapnya jelmaan roh mendiang suaminya! Tak masuk akal langsung!” | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empelai Ib | sejenis kayu pulai yang lembut dan bergetah. | Pagi itu dia pun pergi. Sepanjang hari itu dia gagal mendapat seekor binatang pun. Baring pun berpatah balik. Dalam perjalanan balik, dia ternampak asap seperti ada orang membakar kayu empelai. "Apa benda ini, adakah itu manusia atau hantu?" kata Baring dalam hatinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |