belia Ib | alat untuk merapatkan benang dan diperbuat daripada banir kayu tapang, kayu mengeris atau kayu keras lain yang licin. | Kumang, Lulong dan Bunga Eni serta Bunga Satangkai kemudian bersaing menenun pua kumbu. Mereka duduk serentak dan memulakan kerja dengan menggunakan alat-alat tendai dan belia. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelaga Ib | sejenis manik sebesar ibu jari diperbuat daripada tiram. | Berdekatan dengan gong itu terdapat sebuah dulang yang diperbuat daripada banir pokok tapang. Dulang itu diisi dengan air untuk merendami duit syiling perak, kelam, pelaga manik, intan berlian dan emas. Dengan air itulah kepala bayi itu direnjis. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gonob Kd | kain sarung yang ditenun. | Sangkawanh mengakhiri mandinya. Dia berlari ke arah gonobnya. Dia pasti gonob itu ditaruhnya di banir pokok yang besar. Gonob itu sudah tiada di situ. | Utusan Borneo, 12 Februari 2003 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |