nopung Kd | barang hantaran daripada pihak keluarga lelaki kepada pihak perempuan. | Benda-benda hantaran seperti gong, canang, meriam kecil, kerbau, geran tanah dan seumpamanya yang dipanggil nopung, jelas Ivan penuh sabar. "Semuanya akan diserahkan kepada keluarga pihak perempuan." | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
minamangun Kd | pencipta. | Bagi Solisir, minamangun adalah roh yang mencipta dan menghidupkan segala makhluk, dan juga benda-benda yang baik. Minamangun atau roh maha pencipta, bagi kaumnya di sebelah ibunya. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sempekang Ib | sejenis kail buaya. | Dia mengurut-urut serta dipicit-picit tempat yang sakit itu supaya dia dapat mengeluarkan benda itu. Benda itu sebenarnya sempekang iaitu kait yang digunakan untuk menangkap buaya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
benda lelekap Ib | sejenis tempayan. | Dia memandang ke arah Batang Rimbas dan ternampak sebuah tajau benda lelekap terapung-apung di air. Munan lalu menyeberang untuk mengambilnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bersuli MSr | berputik. | Pop! Ada benda jatuh di hadapannya. Apa? Jenal melangui. Tak ada apa-apa, hanya langit membiru. Rambutan belum berbunga, meritam belum bersuli, apatah lagi asam aur-aur yang belum berputik. Apa? | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berian MSb | hantaran berupa wang atau harta benda dalam perkahwinan. | Engkau menghabiskan wangmu untuk betina-betina itu, sehingga engkau tidak dapat menjelaskan berian yang masih terhutang itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meritam Ib, Ky | pulasan; Nephelium mutabile. | Pop! Ada benda jatuh di hadapannya. Apa? Jenal melangui. Tak ada apa-apa, hanya langit membiru. Rambutan belum berbunga, meritam belum bersuli, apatah lagi asam aur-aur yang belum berputik. Apa? | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rentaka Bj Sm, Tb | sejenis meriam besar. | Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taing-taing Ib | perihal bunyi besi yang dipukul dengan besi. | Aki Lang Sengalang Burong pun pergi ke ruai bertanyakan tempat benda yang Aji idamkan itu supaya boleh diambil. Kata Aji tempatnya ialah di sebuah bukit yang ditumbuhi resam, tempat yang selalu kedengaran bunyi ruding yang berbunyi taing-taing, berdekatan dengan gerun lubang seruling yang menghasilkan bunyi seperti Apai Keling Gerasi Nading, membuat hujung tiang kelingkang yang mempunyai lubang yang tembus dari sebelah ke sebelah digunakan untuk membuang miang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mokilolodukon Kd KB | sejenis roh jahat. | 24. Pomiyak-biuk atau mokilolodukon- Selalu memasukkan diri ke dalam diri orang yang bekerja menggunakan benda tajam. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |