tujjah Bj, Sl | bahagian depan lepa yang berbentuk menajam. | Lepa dibentuk melalui beberapa bahagian dengan bahagian depan berbentuk menajam dipanggil ‘tujjah’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kipas-kipas Bj, Sl | perhiasan lepa berbentuk bendera segi tiga. | Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lamak kapis Bj, Sl | sejenis layar kain yang lebih kecil dan berbentuk segi empat. | Layar yang dipanggil ‘lamak kapis’ lebih kecil dan berbentuk segi empat. | www.berita Harian .com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinsing Kd, Tb | perhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin. | Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sikutan Tb | Bakul berbentuk bulat, bermulut bujur, berbingkai kejap dengan ikatan rotan beraut halus, anyaman simpai sembilan, keempat-empat bucu bawahnya pula terhias dengan suji rotan beraut bulat yang terikat pada bilah-bilah penahan dengan ikatan tulang belut. | “Kalau saya beli sikutan itu tentu Intang mahu jual, bukan?” | Sikutan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
linapak Kd | belahan buluh berbentuk V di tengah-tengah Tongkungon dan berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tongkungon. | Seruas buluh yang telah kering dan siap untuk dijadikan Tongkungon haruslah dibelah (dilatarkan) dalam bentuk ‘V’ di tengah-tengah Tokungon sebelum membuat atau menghasilkan dorongan dan tempat belahan itu dinamakan linapak. Linapak berperanan sebagai ruas atau bagi menguatkan atau menyaringkan bunyi Tokungon. | Tongkungan dimain ketika menunggu padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketebung Ib | sejenis gendang berbentuk panjang yang dibuat daripada rumbang dan kulit. | Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
engkabai Ib | sejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi. | Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bungkan Ib | sejenis bekas berbentuk silinder yang dibuat daripada batang buluh dan berpenutup. Ia digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barang khususnya hap mulut. | Selepas itu Simpurai pun mencari tulang rusa yang sudah kering untuk dibuat menjadi sulat iaitu sejenis alat untuk menganyam. Dia lalu mengajak Laja membuat sulat serta sisir dan bekas bungkan untuk menyimpan sesuatu. Apabila semuanya sudah siap Simpurai menghantar barang-barang tersebut kepada Keling untuk disampaikan kepada adik Arau. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |