Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dam.pi.ngan] | بردمڤيڠن

Definisi : 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, be­rapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dam.pi.ngan] | بردمڤيڠن

Definisi : 1 berada dekat dgn; berdekatan; berhampiran: Mereka berjalan ~. 2 bersama-sama; bergandingan: Bangsa-bangsa asing hidup ~ dgn bangsa Melayu di Malaysia ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdampingan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
buan LBsejenis bekas mengangkut padi berbentuk bulat besar. Ia diperbuat daripada anyaman rotan. Disikut di belakang.Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tayen LBsejenis bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk mengangkut padi, buah dan lain-lain. Kadang-kadang ia dijadikan sebagai tempat letak barang hantaran perkahwinan.Akulah yang kamu patut berkawan. Kalau kamu sudah sampai pakailah ubur bunga sebagai alat kamu berteduh. Barulah kita duduk bersama, rapat dan berdampingan dan mengumpul padi yang kurang baik, yang jarang. Supaya kami diisi penuh seperti desa yang penuh sesak, seperti dimuatkan dalam lubang yang ketat. Agar buan dan tayen kami penuh berlimpahan, agar kami akan menuai dengan selamat.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas