barian MSb | hantaran perkahwinan. | Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
andilik Mr | membersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam. | Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampin Mr Tl | proses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu. | Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaban-belayan, *kaban belayan* Ib | sanak-saudara, kaum kerabat. | Tapi, bagi Rentap itu tidak penting. Biarlah kaban-belayan hendak kata apa pun. Biarlah keluarganya dipulaukan dan disisihkan. Rentap yakin dia boleh berdikari tanpa terlalu bergantung pada orang lain. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |