Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berikutnya

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
andilik Mrmembersihkan belukar atau hutan untuk bercucuk-tanam.Peringkat berikutnya ialah untuk membersihkan belukar dengan menggunakan parang. Kerja ini biasanya dilakukan secara bergotong royong (ahuyu) yang bergantung kepada kemampuan petani sama ada petani itu mampu menyediakan makanan dan minuman tapai beras kepada pembantu-pembantunya. Peringkat ini dipanggil andilik.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngebat Ibmengikat bahagian-bahagian benang yang hendak dicelup supaya kekal warna asal bahagian yang diikat itu.Proses berikutnya dipanggil ngebat (mengikat bahagian-bahagian benang yang hendak diwarnakan dengan warna-warna tertentu setelah benang itu disusun dengan cara yang teratur). Setelah dikebat atau diikat barulah benang itu disepuhkan ke dalam dulang yang mengandungi air mengkudu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kotu'an Kdupacara untuk mententeramkan semangat jahat yang ada kaitannya dengan padi.Selepas upacara amal di atas dilakukan, satu lagi upacara amal dipanggil kotu'an dilakukan pada hari atau minggu berikutnya untuk mententeramkan semangat yang jahat dan memaklumkan semangat ini untuk tidak menganggu padi.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tongil Kdriang-riang.Semasa dalam hutan sejenis serangga yang disebut tongil atau riang-riang yang akan berbunyi dengan tiba-tiba pada tengah malam ketika pemburu sedang berkhemah di hutan. Kononnya bunyi tersebut merupakan petanda bahawa suatu melapetaka akan menimpa pemburu semasa memburu pada hari berikutnya.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas