gawai rugan Ib | suatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia. | Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kupas Ib | perbuatan menamatkan tempoh berkabung untuk suami atau isteri yang kematian pasangan. | Semasa upacara gawai dilangsungkan, semua orang yang balu akan dikupas atau ditamatkan masa balunya supaya mereka boleh mencari pasangan baru. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
agugulir Mr | tanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka. | Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngetas ulit Ib | upacara menamatkan perkabungan. | Meludai dengan hulubalangnya pun balik ke tempat asal mereka. Di rumah, mereka mengadakan upacara ngetas ulit, iaitu satu upacara untuk menghormati isteri dan anak-anak Meludai yang sudah mati dan sebagai tanda mereka serumah tidak lagi berkabung. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pana Ib | nasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |