Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : , meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.nia.ga] | برنياݢ

Definisi : berjual beli; berda­gang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Puisi
 

Orang berniaga semalam-malaman,
     Apa jualan pulut berinti;
Hidup di dunia buat amalan,
     Untuk bekalan akhirat nanti.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berniaga buluh kasap,
     hujung hilang pangkal lesap.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mongindapu Kdberniaga.Kata ayah, datuknya berhijrah ke daerah Tambunan kerana hendak mongindapu. Mongindapu ertinya membeli dan menjual gong sebagai mata pencarian.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mongingindapu Kdmembeli dan menjual.Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orang­orang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas