kosusuon Kd | melahirkan anak; bersalin. | Semasa melahirkan anak atau "kosusuon" hanya suaminya dan seorang dukun wanita ("Bobohizan") sahaja yang dibenarkan ada bersama-sama wanita itu di dalam bilik. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
malap betung Bj Sm | upacara memakai bengkung bagi wanita selepas bersalin. | Kau perlu akan upacara malap betung, Ayu. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tekalong, *tekalung* Ib | sejenis pokok besar tumbuh liar; kulitnya boleh dibuat tali, baju dan bebat untuk wanita selepas bersalin. | “Cantik sungguh rupanya gadis itu, mukanya menyerupai bulan yang mengambang, mata menyerupai biji manik yang jernih, pinggang ramping kelihatan ringan seperti empulur tekalong luntang, jarinya lancip seperti pucuk lia jerenang.” Keling memikir-mikirkan tentang apa yang harus dia lakukan. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelepet LB | Sejenis parang panjang yang digunakan semasa peperangan. Ia juga dijadikan barang hantaran perkahwinan. | Isteri saya sedang sakit nak bersalin, saya mahu memakai pelepet ini untuk memotong perut isteri saya itu,? jawab lelaki itu lagi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantar Ib | ruang antara ruai dan tanju di rumah panjang yang biasanya dijadikan sebagai tempat tidur lelaki bujang. | Pada pagi Gupi hendak bersalin, Bada yang sedang duduk berdiang di ruai ternampak seorang lelaki sudah duduk di pantar, iaitu bahagian ruai yang terdekat dengan tempat menjemur padi atau tanju. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |