Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sum.pah] | برسومڤه

Definisi : 1. menyatakan kebenaran dll sesuatu perkara dgn sumpah, menyatakan ke­setiaan dll dgn sumpah, mengangkat sumpah: jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah; ia ~ akan setia kpd janjinya; 2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar: ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sum.pah] | برسومڤه

Definisi : 1 menyatakan kebenaran (sesuatu perkara) dgn sumpah; mengangkat sumpah: Sekalian saksi disuruh ~ dahulu. 2 berjanji sungguh-sungguh akan melakukan atau akan mematuhi sesuatu; berikrar: Dia ~ tidak akan mensia-siakan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sumpah (kata nama)
1. Bersinonim dengan pengakuan: pengesahan, pengiktirafan, persetujuan, penyungguhan, penyaksian,

2. Rujuk seranah

3. Bersinonim dengan janji: ikrar, pengakuan, persetiaan,

Kata Terbitan : bersumpah, menyumpah,

Puisi
 

Asam paya tepi perigi,
     Mari diletak di kayu jati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Berani bersumpah takut ke mati.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bambaazon Kdsemangat padi.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
magavau Kdupacara kemuncak dlm semua upacara penamanan padi dgn mempersilakan semangat padi utk naik ke rumah padi sehingga musim hadapan.Sebagai tanda kesyukuran dan menghormati Bambaazon, masyarakat Kadazan/Dusun bersumpah dengan Kinoingan bahawa mereka akan sentiasa mengenang pengorbanan Huminodun dengan mengadakan upacara penghormatan semangat padi iaitu Magavau.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas