Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.lan.jang] | برتلنجڠ

Definisi : 1. tidak bertutup tubuhnya (dgn pakaian), berbogel: dia mem­buka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi; apa­bila ia menoleh kpd tubuhnya barulah di­ketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat; 2. tidak bersarung (keris, pedang, dll), ter­cabut, terhunus: rakyat Feringgi tujuh puluh ribu berdiri serta memegang pedang ber­telanjang; 3. tidak mempunyai pakaian (per­hiasan dll), tidak ada yg tinggal (harta benda); 4. tidak bertutup, terbuka, terdedah: ketika kami asyik bermain-main, datang sepuluh orang tentera dgn dada ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.lan.jang] | برتلنجڠ

Definisi : berada dlm keadaan telanjang; berbogel: Orang yg tidak siuman itu suka ~ drpd berpakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telanjang (adjektif)
Bersinonim dengan bogel, bolen, bogang;,
Kata Terbitan : bertelanjang, menelanjangi, menelanjangkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lang Ib, MSrpintu.Ketika Pak Dollah sedang sibuk melayani beberapa orang cucunya yang masih bertelanjang dan tidak gemar berseluar, Ayu muncul di muka lang. Agak terperanjat Pak Dollah melihat keadaan Ayu. Dia sedang menangis. Perhatian Pak Dollah segera tertarik pada Ayu.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas