Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Ikan petutu ikan pelata,
     Ikan puyu di sawah padi;
Kalau sudah bertutuk dia punya harta,
     Tolonglah timbang agar memuaskan hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor.

Bermaksud :

Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul.

 

Lihat selanjutnya...(91)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lumpis Bj, Kdsejenis ikan seluang; Rasbora spp.Amir mana tahu di mana ada ikan di laut ini. Kalau mencari ikan puyu, ikan haruan dan ikan lumpis, dialah raja, perli Lina sambil senyum.Detik-detik dalam PerjalananGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
adong Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk.Simpungga tidak mahu tinggal di situ lagi dan pindah ke Nanga Nyelenga Pun Takang. Apai Separang Nyiong bertengkar dengan Tutong kerana berebut tanduk ikan adong iaitu raja ikan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
juak Ibsejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong.Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
songkok, *sungkuk* Mrsejenis ikan sungai seperti ikan sembilang.Itu bukan ularlah Fie, ikan songkok, pintas Milka apabila melihat ikan yang didakwa oleh Safie sebagai ular.SiudGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duman, *dungan* Ibkata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan).Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selunsung MSbsejenis ikan air tawar seperti ikan tidur tetapi bentuknya panjang dan dijual dengan harga yang mahal.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lajung Ib, MSrsejenis ikan air tawar seperti ikan patin; Pangasious spp.Pak Ngah tersenyum sendirian. Dalam fikirannya terbayang ikan tapah, kalui, lajung atau miawan yang akan merempuh selambonya.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karuk MSbikan puyu.Maka ada dikatakan tuhan pun mendengar sumpah dan tangisan, orang tua itu. Maka diturunkannya ikan Karuk atau ikan yang keras kepala, sehingga tiada lagi tempat manusia melarikan diri.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tambong Kd Tnsejenis alat menangkap ikan.Mereka menangkap ikan di sawah-sawah padi, kolam dan sungai yang berhampiran dengan menggunakan jala, pukat dan alat-alat penangkap ikan tradisional seperti "siud", "savak", bubu, "bangkala" dan "tambong".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mogiyon-iyon Kd KBsejenis roh jahat.20. Mogiyon-iyon – Semangat bubu atau lukah menangkap ikan, kalau tidak diberi ikan maka habislah ikan di dalam bubuh dimakannya.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234567

Kembali ke atas