merarau Ib | makan tengah hari. | Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengelingas, *melingas* MSr | tinjau, meninjau-ninjau. | Cikgu Awang mengelingas. Dia tercari-cari akan kelibat pelajarnya yang memekikkan perkataan yang tidak diingininya itu. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panduk-panduk Bj Sm | tempat berteduh, khemah. | Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |