selunsung MSb | sejenis ikan air tawar seperti ikan tidur tetapi bentuknya panjang dan dijual dengan harga yang mahal. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buru Tb | hantaran perkahwinan. | Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sondot Kd | kawasan lembah. | Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sokid Kd | kawasan pedalaman. | Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongingindapu Kd | membeli dan menjual. | Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kromboi Bd, Sk | sejenis siput yang berwarna kehitam-hitaman sebesar buah ciku. Isinya berwarna hitam pekat berada di dalam cengkerang yang keras. Ia boleh didapati di kawasan basah seperti kolam dan tebing sungai Sarawak. Siput ini enak dimakan jika dimasak kicap campur cili atau halia atau digoreng kering. | Di Pasar Minggu Satok, sekilogram kromboi yang mengandungi antara sepuluh ke dua belas ekor kromboi dijual dengan harga seringgit. | Pedoman Rakyat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |