tajo Ib, MSr | tajau (sejenis tempayan besar). | Tajo-tajo yang besar itu terapung-apung di atas air. Ia ditelan oleh naga itu satu-satu. Oleh kerana terlalu banyak tajo itu ditelannya, maka naga itu pun mati lalu terggelam ke dasar laut. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juak Ib | sejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong. | Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |