gawai ranyai Ib | suatu upacara untuk menawarkan sumpah. | SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
chemaru Ib | badak. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
galang Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baju sampit, *badu sampit* Bj Sm | sejenis baju tradisional mengikut potongan badan untuk penari wanita. | Oleh kerana tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau, maka pakaian asli Bajau adalah menjadi pakaian bagi tarian ini, di mana penari-penari wanitanya haruslah memakai baju `sampit', berkain sungkit, bersubang, bergelang kaki dan tangan dan berserimpak. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manangod Kd | menyerang. | Oleh kerana ular yang dimakan oleh orang Kinasaraban itu adalah anak orang Tempasuk maka penduduk Tempasuk ini pun bersatu untuk manangod (menyerang) Kinasaraban. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |