pelaik Ib, MSr | kayu pulai. | “Janganlah bina kubu daripada kayu pelaik sahaja. Apa nama panglima dan pejuang kita ini kalau buat kubu pun tak pandai.” Dia merenung ke semua muka pengikutnya sekali lagi untuk mencari keyakinan daripada setiap orang yang duduk mengelilinginya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
buli Mr Nb | berian (hantaran) yang terhutang. | “Kalau dia nak beristeri, janganlah mimpi. Ingatkan dia bulinya belum selesai lagi. Bagaimana nak beristeri kalau buli engkau sendiri belum dapat dia bayar?” bentak Angusi. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
limun Bj Sm | berkenaan sesuatu yg samar-samar atau belum kelihatan. | “Emboh Temah, Embo Nukung, janganlah kiranya kalian mendabik dada dengan kemenangan awal yang kita kecapi kerana perjuangan kita masih limun dan sudah pastilah Belah Darag tidak berpuas hati dengan kekalahan yang dialami,” Embo Bani mengingatkan kedua-dua orang wira Desa Selengkutai itu. Embo Bani tahu tidak akan berdiam diri. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |