cuncun, *cun-cun* MSr | tepat, padan, sesuai (ukuran, sasaran). | Kalau semuanya sudah selamat dipunggah ke gudang Ah Guan nanti, dapatlah wang enam ringgit cuncun; tidak lebih dan tidak kurang. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumayau Kd | sejenis tarian suku kaum Dusun Gana yang ditarikan secara berpasangan oleh enam/lapan orang lelaki dan wanita. Tarian ini diiringi oleh paluan gong dan kulintangan. | Berapa orang penari lelaki dan wanita, menuju ke dewan tari untuk menarikan tarian sumayau bersamasama Ivan. | Tarian Pribumi Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |