bisik Ib | ada. | “Haiyaa, nuan bisik dengar berita wai” Tanya tauke Cina berseluar katuk perut buncit itu kepadanya. Dia cuba melatih percakapan Ibannya supaya lebih disenangi oleh ketua masyarakat di kawasannya itu. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ocek MSr | berjenaka, percakapan yang olok-olok. | Dengar saja Abat Ahim mengatakan Kak Siti berkirim salam bunga selasih kepadanya, Pak Udak Hassan terus saja buat kesimpulan sendiri; salam tanda kasihlah itu. Abat Ahim ocek lagi dengan kata-kata: Kak Siti kirim salam bunga mentemu, Pak Udak Hassan terus menyangka malam nanti Kak Siti ajak bertemu! | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
musarakan Tb | Menyerahkan diri dengan cara membawa duit yg banyak semasa meminang. | Dia tahu tentu Aki Absar musarakan kepadanya kerana di rumah mereka cuma dia seorang sahaja anak gadis. | Musarakan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun sekejap Tb | sejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari. | Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkapan Bj, Ir | sejenis usungan yang digunakan untuk mengangkat jenazah beserta keranda serta pengiringnya dari rumah hingga ke kubur. Biasanya digunakan oleh golongan bangsawan. | Dia yakin, ada juga mereka yang datang itu bersimpati kepadanya dan membuat persediaan pengebumian jenazah. Kaum lelaki sudah pun menyiapkan sangkapan dan payung ubur-ubur empat pasang. Sepasang kayu belian telah pun diukur untuk dijadikan nisan. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kerepak MSr | leteran. | Akhirnya dia berbaik-baik semula dengan emak sekadar tidak begitu mengendahkan kerepak dan leter umpat orang tua itu. Dia lebih mengikut perasaan dan fikiran sendiri kerana kalau hendak dikatakan menderhaka, emak lebih menderhaka kepadanya lebih daripada apa-apa. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |