Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ka] | ملاک

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2, bandar Melaka sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ka] | ملاک

Definisi : nama sj pokok, Emblica officinalis. buah ~ a. buah dr pokok melaka. b. kuih bulat-bulat yg dibuat drpd tepung pulut dan diberi berinti serta digaul dgn kelapa parut; onde-onde. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaka

Puisi
 

Dari Melaka pergi ke Pahang,
     Singgah ke Johor beli berangan;
Saya mengucap selamat datang,
     Jikalau salah dikeji jangan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
edram MSrsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau  bulat leper yang berlubang di tengah.Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
numpik SkProses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai.Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas