sangian Mr | kain yang menutup pelamin pengantin perempuan yang hanya dibuka setelah pihak lelaki membayar sejumlah harga yang ditetapkan. | Habis wang di dompet gadis-gadis itu untuk membayar harga kain yang digunakan menutup pintu sangian. Mereka harus membayar wang sebelum dibenarkan masuk ke biliknya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
panding Ib | sejenis tajau kecil yang digunakan untuk membayar denda (bernilai RM2.00 - Daerah Saribas & Kalaka). | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkal Ib | Hukum denda tambahan mengikut adat suku Iban sekiranya tidak dibayar denda sebelumnya. | Sana pun membawa canang itu turun ke bawah rumah. Apabila sampai di bawah dia pun berkata, "Canang ini akan saya bawa pulang ibu untuk membayar denda adat tungkal berkenaan dengan anak Anal yang telah meninggal!" Sana terus membawa canang itu pulang ke rumahnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pembulian, *pambulian* Mr | pembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi. | Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya. | Setulus Sarina | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngenselan Ib | suatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir. | Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |