merimba Ib, MSr | menebas dan menebang hutan untuk tujuan berhuma. | Akhirnya si suami dan kawan-kawannya pulang. Mereka keletihan kerana bekerja keras seharian merimba hutan. Dayang pula pura-pura demam. Dia berselimut di dalam biliknya. Si suami pun pergi ke dapur. Dia melihat suatu pun belum dimasak. Dia mendapatkan isterinya. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
blau, *bellau* Ib | sejenis ikan haruan. | Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kucay, *kuche* Ib | sejenis burung kecil, berwarna merah di bawah lehernya manakala badannya berwarna kehijau-hijauan. Burung ini dipercayai membawa petanda buruk sekiranya ia memasuki rumah. | Kalau mendengar burung pangkas atau pangkas blau (sejenis ikan haruan yang mengangakan mulutnya dan berbunyi seperti pangkas) atau burung kucay (yang berbunyi seperti pangkas) semasa seseorang itu menebas atau menebang, ini petanda yang baik. Ia boleh meningkatkan kesenangan seseorang kalau seseorang itu miskin. Kalau seseorang itu anak raja atau seseorang yang kaya, burung ini tidak baik baginya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedurok, *durok* Ib, MSr | 1. berderau (saling bantu antara satu sama lain). 2. kerja-kerja gotong-royong yang harus dibalas balik dengan gotong-royong. | Benar, dia tidak perlu bersama apai meminta bantuan dari Kampung Lempaong untuk bedurok membuka hutan, menebang pokok simpuh, semayur, tapang, perupuk dan geronggang, mencantas pula pohon beringin, simpur, rengas, geran dan sisik naga, menebas akar sekuntut, entiba, sarang naga, tapak kuda dan getih. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |