mali | pantang. | Eh, Ansang Miang, tapi kami tak sukakannya. Sudahlah tua tambahan pula mali, jawab ibu bapa Gurang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanji Ib, MSr | gatal, miang. | Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mayam Ib | sejenis pokok yang berbuah kecil dan digemari oleh burung merpati liar, kulitnya miang apabila terkena kulit. | Ketika itu juga terlena seekor burung merpati sehingga tidak lagi mengenali pokok mayam yang masak dan yang muda mengakibatkannya termakan buah yang muda. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelam Ib | sejenis manik. | Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lusong Ky, Kh, LB, Pe | kurap. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngabang Ib | seseorang yang datang sebagai tetamu rasmi dalam sesuatu upacara atau majlis. | Adalah, nak menjemput kamu ngabang, kata Baring. "Eh, bilakah upacara ini diadakan saudara Baring?" tanya mereka lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sempekang Ib | sejenis kail buaya. | Dia mengurut-urut serta dipicit-picit tempat yang sakit itu supaya dia dapat mengeluarkan benda itu. Benda itu sebenarnya sempekang iaitu kait yang digunakan untuk menangkap buaya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selabit Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mikai Ib | nama sejenis pokok kayu keras; Shorea. | Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
begagung, *gagung* Ib | baju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban). | Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |