selepak Ml | pasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat. | Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selambo Ml, MSr | pukat tunda. | Selambo atau pukat tunda atau pukat harimau seperti yang biasa disebut orang, digunakan oleh bot-bot menangkap ikan di laut. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
piau Ml | barang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur. | Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
neang Ml | sejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli. | Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menjaul Ml | mengail. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meligun Ml | barang antik. | Kalau dia dapat satu cukuplah untuk menyara anak isterinya sebulan dua ini. Beberapa orang saja yang tahu kuburan lama. Kuburan lama itulah yang banyak menyimpan meligun, selepak dan barang antik yang lain. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemba Ml | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan, daunnya lebar dan digunakan untuk mengikat benang tenunan. | Tolonglah saya sambung pua kumbu ini supaya menjadi kapal terbang untuk suami kita mengambil lemba untuk anak kita, kata Kumang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kaul Ml | suatu upacara untuk menjamu roh laut dan sungai supaya banyak ikan diperolehi. | Pesta Kaul adalah pesta orang Melanau seperti Pesta Gawai bagi orang Dayak. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ipok Ml | roh. | Jiran-jiran berdekatan mulai bertandang ke rumahnya. Malam itu dukun Pak Maloh memulakan tugas pengubatannya. Dan malam itu semua ipok Pak Maloh dipanggil untuk mengubati penyakit Luman. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babat Ml | sejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia. | Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |