entingal MSr | degil, tidak mendengar nasihat. | Memanglah entingalnya tidak sehebat Lona dan Latifah tetapi dia begitu yakin pada anak perempuannya. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bercenaga, *bechenaga* Ib, Kh | upacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang. | “Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |